Search This Blog

Khamis, 8 Jun 2017

Degup Jantung Janin Terasa Di Dalam Rahim Pada Minggu Keenam dan Ketujuh

8 Jun 2017 (Khamis), 4.06 ptg. -

Tengah tunggu orang bagi confirmation ni, jadi ema berehat kejap. Lagi sejam nak balik ni, yahooo! 

Alhamdulillah setakat bulan puasa ni, ema kalau boleh nak balik on time, nak berbuka puasa dengan mas tersayang.

Memang ada teringat untuk catatkan perjalanan "to have you". Hari ni dah 7 minggu, 4 hari. Alhamdulillah... Masa minggu ke-7, permata hati berdegup dengan kuat sangat. Kadang-kadang ema rasa sengal. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya ema tahu permata hati ada. Ema acap kali risau bila permata hati tak berdegup. Tapi ema berfikiran tenang dan serah kepada Allah. Allah yang hadiahkan ini kepada ema dan mas.

Sekarang ni jantung permata hati berdegup-degup semacam berbicara dengan ema. Permata hati lapar ya... Maaf sangat sebab sekarang bulan Ramadhan. Tapi ema dah cukupkan nutrien untuk permata hati masa berbuka dan bersahur. Ema nak permata hati membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan solehah dan berbakti kepada tanah air ini. Ema agak patriotik kan... Hehehe...

Share:

0 comments:

Catat Ulasan