Search This Blog

Jumaat, 4 Mei 2018

Jumaat, 13 April 2018

Rabu, 28 Mac 2018

Danish

2017.08.26 (Sabtu) -
Sejuk hati tengok... Budak kecik dah jadi orang besor...
Share:

Selasa, 27 Mac 2018

Sabtu, 10 Mac 2018

Sabtu, 3 Mac 2018

Teringin Nak Makan Chocolate Heaven, La Manila Cake

6 Jun 2017 (Selasa) -

Pujuk jugak mas supaya tolong belikan ema chocolate heaven kat kedai la manila cake ni. Ehhh ini mengidam ke?

— (posting dari ig)
2017.06.06 (Selasa) -
Beli chocolate heaven kat la manila kek ni bermaksud si suami buktikan kasih putih dia pada saya. Hehehe... Hek eleh dia pun sengih duk ngap sama.
.
.
First time makan carrot pineapple kek kat la manila bangsar, time tu hantar kawan naik motor sebab dia keje part time kat kedai kek tu. Orang kedai bagi free sekeping. Wow bling2 mata dapat makan time tu!
.
.
Episod lain ialah bila dapat kerja yang bagus sikit kat swasta dulu, makan dengan @kurung_homemade @julida_awang kek ni celebrate katanya kat la manila ampang park.
.
.
Hinggakan @sitianumawang pun suka jugak rasa dia time makan kt la manila mid valley. Yum yum yum.
.
.
Panjang jugak alkisah bagaimana suka sangat kat kek ni melebihi daripada kek secret recipe pagi. Yum yum yum
.
.

#chocheaven #chocheavencake #chocolateheavencake #lamanilacake
Share:

Sambut Terawih Ramadhan Pertama Di Masjid Cyberjaya

26 Mei 2017 (Jumaat) -

Walau badan tak berapa sihat, tapi tetap nak terawih kt cyberjaya. Mas dah mencuka dah sebab parking payah dan masjid terlalu penuh, dah lah jauh dengan rumah katanya... ema diam jer lah... Dah ema teringin kan. Teringin... Hehehe... Jadi anak yang soleh yer, sayang... Permata hati dan penyejuk mata mama dan papa yer sayang...
Share:

Masak Bibimbap

25 Mei 2017 (Khamis) -

Disebabkan teringin nak makan bibimbap lagi, apa lagi, kena cuba masak sendiri ni. Lagipun sos dia dah beli hari tu... Ingat nak makan sekali dengan mas time panas-panas, tapi mas pulak x der kat rumah. Balik rumah lewatlah tuh... Sedih!
Share:

Positif Rezeki Mendapat Permata Hati

24 Mei 2017 (Rabu) -

Ema agak berdebar-debar nak cek ni. Yelah sebelum ni test tak positif. Hanya Allah yang tahu perasaan ema, alhamdulillah syukur. Time ni mas tak der sebab dah keluar awal pagi...

Kalau ikutkan apps, ema dah 5 minggu pregrant. Terima kasih, Allah.
Share:

Keluar Dinner Dengan Kawan

22 Mei 2017 (Isnin) -

Walau ema demam time ni, tapi gigih pergi ke Mines sebab nak tengok benang kait kat Spotlight. Lepas tu ke Sungai Long ambil kawan KMB dulu dinner sekali. Time ni period dah lambat datang, demam lagi... Rezeki mendapat Permata Hati kah?
Share:

Dating Time Dan Teringin Nak Makan Bibimbap

21 Mei 2017 (Ahad) -

Bukan senang nak dapat dating dengan mas. Ema tak nak pergi jauh-jauh pun atau shoppinv bagai pun. Ema nak masa keluar jalan-jalan berdua jer. Masema dating bukan makan tempat kelas-kelas, cukup kat foodcourt IOI City Mall Putrajaya jer. Tapi... Bibimbap dia sedap sebab panas kekal hingga habis makan. Puas hati lah! Cuma harga agak mahal. Hahaha...
Share:

Kecewa Dengan Organisasi Perkhidmatan Ketiga

4 Mei 2017 (Khamis) -

Ada akauntan tegur emas mintak semak keputusan permohonan. Aikkk, ema pun tak tahu sapa-sapa mintak. Yelah berada di organisasi kesemuanya akauntan, memanglah skim terpinggir itu tetap ada. Hasil semakan, nama ema langsung tiada dalam senarai. Yelah... JPA tetapkan sebanyak 3 pencalonan bagi setiap organisasi, nama ema pun langsung tak terpilih. Terkilan..
Share:

Selasa, 16 Januari 2018