Search This Blog

Jumaat, 29 Disember 2017

Makan Minum di Kajang dan Nilai

9 April 2016 (Sabtu) - 

Masa ni mas ajak lunch kat tempat faveret dia di Kajang. Nasi tepi jalan. Dulu-dulu, ema pernah pergi jugak dengan kawan-kawan ke gerai ni. Melayan kan ajer... Budu sedap! 😆



Ema tak berapa ingat time ni kami pergi ke mana... Cari baju pengantin ke? Ker barang hantaran... Eh dah lupa ni...

Tapi gambar kat bawah ni, kat Thoyyib, Nilai... Entah, dah tak ingat ni...

Ema akan singgah juga ke Thoyyib Cafe ni sebab tempat ni dulu tempat ema melepak dengan kawan-kawan dan gelak-gelak memudaremajakan muka. Hihihi... 






Share:

Minum Petang di Taman Ekuestrian Putrajaya

8 April 2016 (Jumaat) - 

Dating makan minum di Taman Ekuestrian Putrajaya. Tempat cam gini bukan tempat mas melepak, tapi tempat ema beronok-ronok. Mas kan nak jadi pasangan ema, jadi kena lah sikit sebanyak mengenali kegemaran ema kan... 😀



Akhirnya mas melayan sekali suasana petang yang nyaman... Hihihi...

Share:

Ubat Resdung Langkawi Daripada MAS Untuk EMA

7 April 2017 (Khamis) - 

Gigih mas sangkutkan ubat herba ni kat kereta ema. Dah malam sangat... Ema memang ada resdung... Terima kasih, mas... Coretan ini mengingatkan ema akan keikhlasan mas terhadap hubungan kami.

Herba resdung yang disangkut di wiper Soleh.

Snap gambar buat ingatan.




Share:

Cari Sofa Yang Selesa Untuk Sakit Belakang

5 April 2016 (Selasa) - 

Jenis ema ni memang memilih bab beli sofa. Yelah, ema kan ada sakit belakang. Kalau kat kuarters Tingkat 11 dulu, memang sofa ni tempat yang paling penting saban berada di rumah, apatah lagi jika hujung minggu. Apa lagi, mendap la! Hehehe... 






Suka design rumah cantik-cantik. Yelah, rumah kan tempat bertenang-tenang... Tapi ni semua agak mahallah. Kena cari lagi nih!

---

6 April 2016 (Rabu) - 

Kali ni mas temankan. Terkejut agaknya mas bila ema ni memilih sakan. Last, mas terpaksa bersetuju dengan ema. Huhuhu...








Maka, kekallah sofa ini di kediaman kuarters kami sekarang... 


Share:

Cari Baju Untuk Majlis Tunang

4 April 2016 (Isnin) - 

Ema pulak gigih cari baju untuk majlis tunang nanti. Seumur hidup ema, manalah pernah beli baju mahal-mahal. Yelah, jenis kurang berkemampuan... Tapi alhamdulillah, menjelang ke majlis ni, ada rezeki lebih.



Snap baju tunjuk kat Mok Sue mintak pendapat...

Menjengah baju di Mines... Ema ni memang betul-betul cerewet. Mas mungkin tak faham jenis ema yang bukan jenis perempuan sepenuhnya nih. Yelah... Perempuan kan mestilah ayu, lembut bla bla bla... 



Share:

Beg Nak Borong Coklat Di Langkawi

2 April 2017 (Sabtu) - 

Mas nak pinjam beg nak bercuti ke Langkawi dengan familinya, sekali gus memborong coklat untuk door gift tetamu masa wedding nanti.



Sila pilih mas, nak yang mana? Yang petak ke yang separa petak? Hahaha... Gigih mas... 

Share:

Kena Pergi Kursus Kahwin

2 April 2016 (Sabtu) - 

Akhirnya ema kena jugak pergi kursus kahwin... Kawan-kawan zaman belajar siap ambil masa kat universiti, tapi ema relax jer... Tunggu jodoh dulu, boleh pergi sama-sama kononnya. Tapi mas dah lepas lama kursus ni, prepare awal si mas ni ehh... 



Share: