Search This Blog

Ahad, 9 April 2017

Mengurut Guna Gua Sha Atau Tanduk Kerbau

7 April 2017 (Jumaat) -

Setelah dapat nombor telefon kakak tukang urut ini walau dah 2 bulan dapat. Akhirnya terbuka hati untuk mengurut sebab lenguh tengkuk dan bahu belah kiri. Yelah baru-baru ni duk ulang-alik seharian ke Sabak Bernam, duk jadi co-pilot hingga lenguh-lenguh. Masuk office, tangan duk pegang mouse dan keyboard jer... Apa tak lenguhnya.

Buat temujanji dengan kakak ni. Katanya asal dari Medan. Datang Putrajaya selalu semata-mata mengurut orang. Cubalah sekali tengok macam mana.

ema dah berpuluh-puluh kali mengurut, kakak ni urut lain sikit. Setiap yang dia pegang, rasa menghiris jer. Waaaa sakitttt... Betul-betul tak tahan. Dah lah berbulan sakit kaki belah kiri. Pagi-pagi sakit sesungguhnya bila menapak. Lepas urut, Kak Yani ni bagi majun herba katanya supaya tak sakit keesokan harinya. Katanya lagi kena urut sekali lagi.

Masa urut tu, Kak Yani ni letak telunjuk kat pusat, katanya nak rasa subur ke tak. Bila tak ader denyut di pusat, katanya tak subur dan perlu naikkan rahim. Masa diurut kaki, katanya perut ada masalah. Erm... Lepas mengaduh ema diurut, kakak ni guna tanduk kerbau. Digaru-garu badan ema. Paling tak tahan, bila non stop. Rasanya lagi elok kalau urut perlahan-lahan tetapi konsisten. Ini umpama kekejaman pada badan juga. Paling terkejut, time kakak ni "sepak" ema sesambil memegang tangan dia. Langsung tak bagi warning. Terkejut betul. Gulp!

Lepas mengurut, ema cakap kat mas. Katanya itu teknik urutan cina, guna Gua Sha. Apa itu Gua Sha? 



ema pun berbelah bahagi ni, nak mengurut lagi ke tak dengan kakak ni. Minggu depan kakak ni dah nak balik medan. 

(Coretan ini ditulis di Rumah Peranginan Persekutuan, Tanah Rata, Cameron Highland)

EMA
9 April 2017 (Ahad), 12.00 tgm.
Share:

Suatu Permulaan

6 April 2017 (Jumaat) -

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Setelah mengambil keputusan untuk membuka suatu blog yang boleh berkongsi maklumat dengan para pembaca di alam maya, dengan mengambil semangat "sharing is caring". 

Yelah kebanyakannya apabila dibuat "search", blog-blog paling teratas adalah daripada Indonesia walaupun carian dibuat di Malaysia. Google pun agaknya tak dapat membezakan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Indonesia. Contohnya google translator, twitter translator; boleh dikatakan Bahasa Malaysia tu Bahasa Indonesia, walau ada persamaan tapi banyak yang berbeza. Mungkin disebabkan itu juga lah, Google mula mengasingkan blogspot.my dengan blogspot.id. 

Yelah bagus juga membuat coretan dalam Bahasa Malaysia ni, negara-negara lain di dunia masing-masing nak memartabatkan bahasa mereka. Bahasa percakapan di Malaysia pun macam-macam. Rojak habis! Hehehe... 

Ehhh lupa pula nak memperkenalkan diri ini. Saya boleh dikenali dengan nama EMA. Pasangan hidup saya, MAS. Jika kami berdua, MASEMA. Bolehlah kan... Membuat catatan untuk tinggal-tinggalan dan kenangan.

Hari Jumaat yang tenang... Penuh bersemangat nak selesaikan tugasan. Alhamdulillah syukur sangat-sangat, selepas 3 bulan stress yang bagai-bagai, emas bertambah ok dan tak kisahlah to the perfection (haaa ini contoh coretan bahasa rojak, kadang-kadang tak mari bahasa malaysia lengkap. Sebab tu emas salute kepada sesiapa yang tulis dalam bahasa malaysia lengkap). 

Hari tu waktu lunch emas baring-baring rehat sesambil cari maklumat sikit. Cadangnya mahu lelap, tetapi keinginan untuk mencari jawapan lagi kuat. Maka, terjumpalah beberapa blog perjalanan pasangan mendapatkan zuriat. Hinggakan menitis air mata emas membaca keiltizaman coretan mereka. Yelah... Setiap pasangan mempunyai perjalanan masing-masing, begitu juga dengan si bujang. Jadinya, inilah detik keiltizaman emas untuk jadi pengkongsi cerita juga. Bukan sahaja sebagai ingatan kepada emas, tapi juga memberi manfaat kepada orang lain.

Oklah, emas mahu kental buat analisis laporan dulu. Semoga dapat bentang dalam mesyuarat bulan ni.



(Coretan ini ditulis di KRS Pines Guest House, Tanah Rata, Cameron Highland)

EMA
9 April 2017 (Ahad), 10.42 pg.
Share: